Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian V · Faedah

43. Hak orang berinsurans di bawah undang-undang bertulis lain

Feedback & support
(1)

Apa-apa tuntutan bagi faedah yang dibuat di bawah Akta ini tidaklah menjadi suatu halangan untuk—

(a)

apa-apa representasi bagi pengembalian pekerjaan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177];

(b)

apa-apa tuntutan bagi bayaran faedah penamatan atau rentikerja sentara di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265],

Ordinan Buruh Sabah [Sabah Bab 67] dan Ordinan Buruh

Sarawak [Sarawak Bab 76]; dan

(c)

apa-apa aduan yang berhubungan dengan persaraan pramasa di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

(2)

Jika orang berinsurans membuat suatu tuntutan bagi faedah kepada Pertubuhan di bawah Akta ini dan juga membuat suatu representasi, tuntutan atau aduan di bawah perenggan (1)(a), (b) atau

(c)

, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pertubuhan hendaklah menangguhkan penentuan persoalan mengenai kehilangan pekerjaan berkenaan dengan tuntutan bagi faedah itu sehingga representasi, tuntutan atau aduan orang berinsurans itu di bawah perenggan (1)(a),

(b)

atau (c) diselesaikan.

Report

Bahagian VI

Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules