Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian V · Faedah

41. Penggantungan dan penamatan faedah

Feedback & support
(1)

Pertubuhan boleh, pada bila-bila masa, menggantung apa-apa faedah yang sedang diterima oleh orang berinsurans jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa—

(a)

orang berinsurans itu telah mengemukakan butir-butir, dokumen atau penyata yang palsu, tidak benar atau tidak betul pada masa tuntutan bagi faedah itu dibuat atau semasa tuntutan bagi faedah itu sedang dipertimbangkan oleh Pertubuhan di bawah Akta ini;

(b)

orang berinsurans itu diambil bekerja oleh mana-mana majikan dalam tempoh menerima elaun mencari pekerjaan; atau

(c)

orang berinsurans itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Sistem Insurans Pekerjaan 39

(2)

Pertubuhan boleh menggantung bayaran apa-apa faedah bagi tempoh yang tidak lebih daripada enam puluh hari.

(3)

Jika Pertubuhan memutuskan untuk menggantung apa-apa faedah yang diterima oleh orang berinsurans di bawah subseksyen (1),

Pertubuhan hendaklah menjalankan suatu siasatan berkenaan dengan penggantungan itu.

(4)

Selepas siasatan diselesaikan, jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—

(a)

orang berinsurans itu tidak melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (1), bayaran apa-apa faedah yang digantung di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan serta-merta disambung semula; atau

(b)

orang berinsurans itu telah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (1), bayaran apa-apa faedah yang digantung di bawah subseksyen (3) hendaklah ditamatkan.

Report

Bahagian VI

Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules