Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian V · Faedah

37. Section 37

Feedback & support
(1)

Jika orang berinsurans telah kehilangan pekerjaan, dia boleh memohon kepada Pertubuhan untuk menjalani apa-apa latihan yang diberikan oleh pemberi latihan yang diluluskan oleh

Pertubuhan—

(a)

dalam tempoh orang berinsurans itu menerima elaun mencari pekerjaan;

(b)

dalam tempoh tidak lebih daripada dua belas bulan selepas tempoh orang berinsurans itu menerima elaun mencari pekerjaan; atau

(c)

dalam tempoh enam bulan selepas menerima suatu tawaran pekerjaan dan melapor diri untuk bekerja.

(2)

Pertubuhan boleh meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1) tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(3)

Orang berinsurans yang menghadiri mana-mana latihan yang diberikan oleh pemberi latihan yang diluluskan oleh Pertubuhan berhak mendapat elaun latihan yang tidak melebihi enam bulan dari tarikh yang ditentukan oleh Pertubuhan pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.

(4)

Tempoh latihan maksimum berkenaan dengan orang berinsurans hendaklah sama dengan tempoh bayaran bagi elaun mencari pekerjaan yang dia berhak kepadanya.

Sistem Insurans Pekerjaan 37

(5)

Apa-apa fi latihan yang dikenakan terhadap orang berinsurans oleh pemberi latihan di bawah seksyen ini hendaklah ditanggung oleh

Pertubuhan dan amaun fi latihan itu hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(6)

Pertubuhan hendaklah membayar fi latihan kepada pemberi latihan yang memberikan latihan kepada orang berinsurans.

(7)

Bagi maksud subseksyen (5) dan (6), “fi latihan” ertinya semua kos yang berhubungan dengan latihan bagi orang berinsurans termasuklah makanan dan bahan bagi latihan itu.

Report

Bahagian VI

Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules