Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian V · Faedah

34. Elaun mencari pekerjaan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 35 dan 36, jika tuntutan bagi faedah berkenaan dengan orang berinsurans telah diluluskan di bawah seksyen 33, orang berinsurans itu berhak mendapat elaun mencari pekerjaan—

(a)

pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Ketiga; dan

(b)

bagi tempoh yang hendaklah mengikut syarat kelayakan caruman berkenaan dengan tuntutan bagi faedah oleh orang berinsurans itu sebagaimana yang dinyatakan dalam

Jadual Keempat.

(2)

Bayaran bagi elaun mencari pekerjaan hendaklah dibuat oleh

Pertubuhan sebaik selepas tempoh menunggu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Jika orang berinsurans telah mencapai umur persaraan minimum, bayaran bagi elaun mencari pekerjaan itu hendaklah terus dibayar kepada orang berinsurans itu jika kehilangan pekerjaan itu berlaku sebelum umur persaraan minimum.

(4)

Orang berinsurans tidak boleh berada dalam apa-apa pekerjaan semasa tempoh menerima elaun mencari pekerjaan.

(5)

Jika orang berinsurans menerima suatu tawaran pekerjaan oleh mana-mana majikan dalam tempoh menerima elaun mencari pekerjaan, orang berinsurans itu hendaklah memberitahu Pertubuhan dalam masa tujuh hari dari tarikh penerimaan tawaran itu.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) atau (5)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sistem Insurans Pekerjaan 33

Report

Bahagian VI

Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules