Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian V · Faedah

35. Elaun bekerja semula awal

Feedback & support
(1)

Jika orang berinsurans—

(a)

menerima suatu tawaran pekerjaan dan melapor diri untuk bekerja dalam tempoh menunggu;

(b)

menerima suatu tawaran pekerjaan dalam tempoh menunggu tetapi melapor diri untuk bekerja dalam tempoh menerima elaun mencari pekerjaan; atau

(c)

menerima suatu tawaran pekerjaan dan melapor diri untuk bekerja dalam tempoh menerima elaun mencari pekerjaan, orang berinsurans itu berhak mendapat elaun bekerja semula awal pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Jika orang berinsurans berhak mendapat elaun bekerja semula awal mengikut perenggan (1)(b) atau (c)—

(a)

orang berinsurans itu hendaklah dibayar elaun bekerja semula awal pada bulan selepas bulan yang orang berinsurans itu telah melapor diri untuk bekerja dengan seorang majikan; dan

(b)

orang berinsurans itu hendaklah dibayar elaun mencari pekerjaan bagi bulan yang orang berinsurans itu melapor diri untuk bekerja.

(3)

Dalam hal jika orang berinsurans menerima suatu tawaran pekerjaan dan melapor diri untuk bekerja dalam tempoh menunggu, dia boleh memilih sama ada untuk menerima elaun bekerja semula awal atau tidak.

(4)

Jika orang berinsurans memilih untuk tidak menerima elaun bekerja semula awal di bawah subseksyen (3), syarat kelayakan caruman berkenaan dengan orang berinsurans itu tidak akan terjejas

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 800

dan tuntutan bagi faedah itu hendaklah disifatkan tidak pernah dibuat oleh orang berinsurans itu.

(5)

Tiada elaun bekerja semula awal boleh dibayar oleh Pertubuhan kepada orang berinsurans selepas habis tempoh menerima elaun mencari pekerjaan.

Report

Bahagian VI

Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules