Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian V · Faedah
32. Penentuan syarat kelayakan caruman
Feedback & supportSelepas Pertubuhan menentukan bahawa orang berinsurans telah kehilangan pekerjaannya di bawah seksyen 31, Pertubuhan hendaklah menentukan sama ada—
orang berinsurans itu memenuhi syarat kelayakan caruman berkenaan dengan tuntutan bagi faedah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat; dan
orang berinsurans itu belum mencapai umur persaraan minimum, pada tarikh dia kehilangan pekerjaannya.
Bagi maksud mengira bilangan caruman bulanan yang dikehendaki, caruman yang kena dibayar bagi bulan yang orang berinsurans itu kehilangan pekerjaannya hendaklah diambil kira tanpa mengira sama ada gaji bagi bulan itu dibayar kepada orang berinsurans itu atau tidak.
Jika sebelum orang berinsurans kehilangan pekerjaannya dia menerima faedah hilang upaya sementara bulanan di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan majikan tidak membayar apa-apa gaji kepada orang berinsurans itu—
caruman bulanan hendaklah disifatkan telah dibuat berkenaan dengan orang berinsurans itu dalam tempoh dia menerima faedah hilang upaya sementara itu; dan
tempoh yang orang berinsurans itu menerima faedah hilang upaya sementara hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh kelayakan.
Sistem Insurans Pekerjaan 31
Jika orang berinsurans telah membuat apa-apa tuntutan bagi faedah dan tuntutan bagi faedah itu telah diluluskan oleh Pertubuhan di bawah seksyen 33 dan selepas itu orang berinsurans itu membuat tuntutan bagi faedah yang berikutnya berkenaan dengan suatu kehilangan pekerjaan yang lain, caruman yang dibayar oleh mana-mana majikan yang berkenaan dengannya kehilangan pekerjaan itu berkaitan hendaklah dikira bagi maksud tuntutan yang berikutnya itu mengikut syarat kelayakan caruman sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.
Bilangan caruman bulanan yang telah diambil kira bagi maksud menentukan syarat kelayakan caruman berkenaan dengan suatu tuntutan bagi faedah oleh orang berinsurans tidak boleh diambil kira untuk apa-apa tuntutan bagi faedah yang berikutnya oleh orang berinsurans itu.