Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian V · Faedah

36. Elaun pendapatan berkurangan

Feedback & support
(1)

Jika orang berinsurans mempunyai dua atau lebih pekerjaan pada masa yang sama dan telah kehilangan satu atau lebih daripada pekerjaannya, sama ada pada tarikh yang sama atau tidak, tetapi tidak kehilangan semua pekerjaan itu—

(a)

orang berinsurans itu berhak mendapat elaun pendapatan berkurangan bagi setiap kehilangan pekerjaan—

(i)

pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam

Jadual Ketiga; dan

(ii)

bagi tempoh yang hendaklah mengikut syarat kelayakan caruman berkenaan dengan tuntutan bagi faedah oleh orang berinsurans itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;

dan

(b)

orang berinsurans itu tidak berhak mendapat elaun mencari pekerjaan, elaun latihan atau elaun bekerja semula awal.

(2)

Elaun pendapatan berkurangan hendaklah dibayar sekali gus kepada orang berinsurans itu.

(3)

Jika orang berinsurans yang mempunyai dua atau lebih pekerjaan pada masa yang sama—

Sistem Insurans Pekerjaan 35

(a)

telah kehilangan satu atau lebih daripada pekerjaannya, sama ada pada tarikh yang sama atau tidak, tetapi tidak kehilangan semua pekerjaan itu; atau

(b)

telah kehilangan semua pekerjaan itu pada tarikh yang sama, setiap tuntutan bagi faedah berkenaan dengan setiap kehilangan pekerjaan itu hendaklah dianggap sebagai tuntutan yang berasingan bagi maksud menentukan syarat kelayakan caruman berkenaan dengan orang berinsurans itu.

(4)

Jika orang berinsurans yang mempunyai dua atau lebih pekerjaan telah kehilangan semua pekerjaan itu pada tarikh yang sama, dia berhak mendapat satu elaun mencari pekerjaan untuk satu kehilangan pekerjaan dan elaun pendapatan berkurangan untuk kehilangan pekerjaan yang lain.

(5)

Berhubung dengan haknya untuk mendapat elaun mencari pekerjaan di bawah subseksyen (4), orang berinsurans itu boleh memilih kehilangan pekerjaan yang baginya elaun mencari pekerjaan itu hendaklah dibayar.

(6)

Jika orang berinsurans yang mempunyai dua atau lebih pekerjaan telah kehilangan dua atau lebih daripada pekerjaan itu pada tarikh yang sama, atau semua pekerjaan itu pada tarikh yang sama, bilangan caruman bulanan yang dikehendaki—

(a)

hendaklah dikira berdasarkan bilangan caruman bulanan yang dibuat oleh majikan yang berkenaan dengannya kehilangan pekerjaan itu berkaitan; dan

(b)

tidak boleh berdasarkan bilangan caruman bulanan yang dibuat oleh mana-mana atau semua majikan berkenaan dengan orang berinsurans itu.

(7)

Jika orang berinsurans telah kehilangan pekerjaannya yang terakhir dan sebelum kehilangan pekerjaan itu dia telah diambil bekerja oleh dua atau lebih majikan dan telah kehilangan semua

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 800

pekerjaan itu, caruman yang dibuat oleh dua atau lebih majikan itu boleh diambil kira dalam mengira bilangan caruman bulanan yang dikehendaki berkenaan dengan kehilangan pekerjaan yang pertama disebut itu dengan syarat bahawa caruman yang dibuat oleh dua atau lebih majikan itu belum diambil kira bagi pengiraan apa-apa elaun pendapatan berkurangan.

Elaun latihan dan fi latihan

Report

Bahagian VI

Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules