Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding

103. Peruntukan keterangan

Feedback & support
(1)

Dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini apa-apa pernyataan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh Ketua

Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya yang menjadi sebahagian daripada atau yang dilampirkan kepada maklumat, aduan atau pernyataan tuntutan itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya.

(2)

Suatu transkrip mengenai apa-apa butir yang terkandung dalam suatu penyata atau dokumen lain yang berhubungan dengan cukai, jika ia diperakui dengan ditandatangani oleh Ketua

Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya sebagai suatu salinan benar butir-butir itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya.

(3)

Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak mana-mana orang boleh tidak diterima dalam keterangan terhadap seseorang dalam apa-apa prosiding terhadapnya yang seksyen ini terpakai baginya, semata-mata dengan sebab fakta bahawa dia telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan atau mengemukakan dokumen oleh apa-apa

Cukai Barang dan Perkhidmatan 121

dorongan, janji atau ugutan yang dibuat oleh mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi di bawah Akta ini, atau dilantik bagi pentadbiran wajar Akta ini.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan pelaksanaan Bab IX Bahagian III Akta Keterangan 1950.

(5)

Bagi maksud seksyen 83, jika dalam apa-apa prosiding dibuktikan bahawa apa-apa pernyataan atau catatan palsu telah dibuat dalam apa-apa penyata yang diberikan di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau dalam apa-apa buku akaun atau rekod mana-mana orang—

(a)

orang itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu atau telah menyebabkan pernyataan atau catatan palsu itu dibuat atau telah membenarkan ia dibuat dengan niat untuk mengelak pembayaran cukai atau untuk memperoleh suatu pembayaran balik cukai yang orang itu tidak berhak kepadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

mana-mana orang lain yang membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu dengan niat untuk membantu orang yang mula-mula disebut untuk mengelak pembayaran cukai atau untuk memperoleh suatu pembayaran balik cukai yang dia tidak berhak kepadanya.

(6)

Jika mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan telah memperoleh apa-apa dokumen atau keterangan lain dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, dokumen atau salinan dokumen itu atau keterangan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya, walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis.

(7)

Jika apa-apa dokumen yang hendak digunakan dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertai dengan suatu perakuan

Undang-Undang Malaysia 122

orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan.

(8)

Subseksyen (7) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan di dalam atau di luar Malaysia.

Report

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules