Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding
118. Barang yang disita yang berkenaan dengannya tiada pendakwaan, atau hasil jualannya, terlucut hak jika tidak dituntut dalam masa satu bulan
Feedback & supportJika tiada pendakwaan dibuat berhubung dengan apa-apa barang yang disita di bawah Akta ini, barang itu atau hasil jualan barang itu yang dipegang menurut perenggan 86(1)(c) hendaklah diambil dan disifatkan sebagai dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan barang itu melainkan jika, sebelum habis tempoh itu—
suatu tuntutan ke atas barang itu atau hasil jualan barang itu dibuat di bawah subseksyen (2);
Cukai Barang dan Perkhidmatan 131
suatu permohonan bertulis dibuat bagi pemulangan barang itu di bawah perenggan 86(1)(a) atau (b); atau
barang itu dipulangkan di bawah perenggan (a) atau (b).
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang itu atau hasil jualan barang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bahawa barang atau hasil jualan barang itu tidak boleh dilucuthakkan boleh, secara kediri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada mana-mana pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan bahawa dia menuntut barang atau hasil jualan barang itu.
Apabila habisnya tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), atau, jika suatu keputusan dibuat lebih awal bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan barang itu, ketika membuat keputusan itu pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan hendaklah, jika barang itu atau hasil jualan barang itu tidak diambil dan disifatkan sebagai dilucuthakkan di bawah subseksyen itu, merujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya barang itu atau hasil jualan barang itu atau jaminan yang dikemukakan di bawah perenggan 86(1)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai kanan itu, mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah untuk merujukkan perkara itu kepada Mahkamah
Sesyen.
Mahkamah Sesyen hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang itu atau hasil jualan barang itu, dan orang yang daripadanya barang itu disita, supaya hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau ingkar untuk hadir, selepas penyampaian sewajarnya saman itu dibuktikan, Mahkamah Sesyen hendaklah meneruskan pemeriksaan mengenai perkara itu, dan apabila ada bukti bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang itu merupakan hal perkara itu, atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan barang itu atau hasil jualan barang itu atau amaun yang dijamin di bawah perenggan 86(1)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk dilucuthakkan, atau jika tiada bukti sedemikian, boleh memerintahkan pelepasan barang itu atau hasil jualan barang itu atau jaminan yang dikemukakan di bawah perenggan 86(1)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 132
Dalam mana-mana prosiding di bawah subseksyen (4), seksyen 102 hendaklah terpakai bagi orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang itu atau hasil jualan barang itu dan bagi orang yang daripadanya barang itu disita seolah-olah pemunya atau orang itu ialah tertuduh dalam suatu pendakwaan di bawah Akta ini.