Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding

117. Mahkamah hendaklah memerintahkan pelupusan barang yang disita

Feedback & support
(1)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi melepaskan apa-apa jua yang boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berhubung dengannya telah diadakan, dan suatu perintah bagi melucuthakkan barang itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, dan bahawa barang itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Amaun yang dijamin di bawah perenggan 86(1)(a)

atau (b) atau amaun yang diperoleh melalui jualan di bawah perenggan 86(1)(c) hendaklah dilucuthakkan oleh mahkamah jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang boleh alih yang berkenaan dengannya amaun itu telah dijamin atau diperoleh melalui jualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Semua barang yang dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada pegawai cukai barang dan perkhidmatan dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Ketua Pengarah dan apa-apa hasil yang dikutip hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan.

Report

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules