Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding
112. Cara penyitaan tidak boleh diperiksa dalam perbicaraan di hadapan mahkamah atau rayuan
Feedback & supportDalam apa-apa perbicaraan di mana-mana mahkamah atau dalam apa-apa prosiding rayuan, yang berhubungan dengan penyitaan barang yang tertakluk kepada pelucuthakan di bawah
Akta ini, mahkamah hendaklah meneruskan perbicaraan atau
Undang-Undang Malaysia 128
mendengar rayuan atas merit kes itu sahaja, tanpa memeriksa cara atau bentuk pembuatan apa-apa penyitaan, kecuali setakat yang cara dan bentuk penyitaan itu boleh menjadi keterangan atas merit itu.