Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding
122. Perintah mahkamah
Feedback & supportJika mana-mana orang didapati bersalah bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu supaya membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini, jika ada, sebagaimana yang diperakui oleh Ketua Pengarah dan cukai itu hendaklah didapatkan semula mengikut cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun
Tatacara Jenayah.
Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), mahkamah mempunyai bidang kuasa guaman setakat amaun itu dan perintah itu boleh dikuatkuasakan dalam semua keadaan sebagai suatu keputusan muktamad mahkamah yang memihak kepada Ketua
Pengarah.
Jika mana-mana orang didapati tidak bersalah bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan jika dia telah membayar amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini menurut seksyen 98, berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu jika tiada notis rayuan difailkan.