Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding

114. Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudiannya, tiada saksi dalam mana-mana prosiding guaman atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan untuk menzahirkan nama, alamat atau apa-apa maklumat mengenai pemberi maklumat atau bahan maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat diketahui.

(2)

Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah apa jua pun mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadam setakat yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.

Cukai Barang dan Perkhidmatan 129

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini mahkamah selepas pemeriksaan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu membuat dengan sengaja dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa diketahui pemberi maklumat itu, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan, dan menghendaki penzahiran sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Report

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules