Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding
113. Obligasi kerahsiaan
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 114, nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat seseorang pemberi maklumat atau apa-apa maklumat lain yang boleh membawa kepada identiti pemberi maklumat dan bahan maklumat yang diterima daripada seorang pemberi maklumat hendaklah disimpan rahsia dan tidak boleh dizahirkan oleh mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan atau mana-mana orang yang dalam perjalanan biasa kewajipannya memiliki atau mempunyai kawalan atau akses kepada maklumat kepada mana-mana orang kecuali pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang ditetapkan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.