Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding
106. Pemeriksaan atau ujian berkadar barang yang disita hendaklah diterima oleh mahkamah
Feedback & supportApabila apa-apa barang yang boleh disita di bawah peruntukan Akta ini telah disita, adalah memadai untuk dibuka dan diperiksa lima peratus sahaja bagi setiap perihalan bungkusan atau bekas muatan yang di dalamnya barang-barang itu terkandung.
Jika apa-apa barang yang disita di bawah Akta ini perlu diuji, adalah memadai untuk menguji hanya suatu sampel yang tidak melebihi lima peratus dalam isi padu atau berat barang yang diperiksa di bawah subseksyen (1).
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang yang terkandung dalam bungkusan atau bekas muatan yang tidak dibuka itu adalah sama jenis, kuantiti dan kualitinya dengan barang yang dijumpai dalam bungkusan atau bekas muatan yang seumpamanya yang telah dibuka.