Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding
111. Pemenjaraan kerana tidak membayar denda
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, tempoh pemenjaraan yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan ketiadaan bayaran apa-apa denda yang tidak dibayar di bawah Akta ini, atau berkenaan dengan keingkaran suatu distres yang memadai untuk membayar apa-apa denda sedemikian, adalah apa-apa tempoh bagi perihalan sedemikian, yang pada pendapat mahkamah akan mencapai keadilan bagi kes itu, tetapi tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi tempoh maksimum yang ditetapkan menurut skala yang berikut:
Jika denda itu
Tempoh maksimum tidak melebihi lima ribu dua bulan ringgit melebihi lima ribu ringgit empat bulan tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit melebihi sepuluh ribu ringgit enam bulan tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dengan dua bulan tambahan bagi tiap-tiap sepuluh ribu ringgit selepas dua puluh ribu ringgit yang pertama denda itu sehingga mencapai suatu tempoh maksimum enam tahun.