Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding
107. Pengemukaan perakuan analisis
Feedback & supportDalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini, suatu perakuan analisis yang berupa sebagai ditandatangani oleh seorang juruanalisis hendaklah, apabila dikemukakan oleh pendakwa, menjadi keterangan yang mencukupi tentang fakta yang dinyatakan dalamnya melainkan jika tertuduh menghendaki supaya juruanalisis itu dipanggil sebagai saksi, dalam hal yang demikian dia hendaklah memberikan notis mengenai perkara itu kepada pendakwa tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum perbicaraan bermula:
Dengan syarat sentiasanya bahawa dalam apa-apa keadaan yang
Pendakwa Raya berhasrat untuk memberikan keterangan apa-apa perakuan analisis dia hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan analisis itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum perbicaraan bermula.
Cukai Barang dan Perkhidmatan 125
Juruanalisis adalah terikat untuk menyatakan yang benar dalam perakuan analisis yang ditandatangani sendiri oleh mereka.
Bagi maksud seksyen ini, “juruanalisis” ertinya—
seseorang yang diambil kerja sebagai seorang Ahli Kimia di Jabatan Kimia, atau sebagai seorang Ahli Kimia atau Penolong Ahli Kimia di Institut Penyelidikan
Perubatan;
seorang Ahli Kimia Kanan di Jabatan Pertanian;
seseorang yang diambil kerja sebagai seorang Ahli Kimia atau Ahli Geologi di Jabatan Mineral dan Geosains;
mana-mana ahli kimia dalam perkhidmatan Kerajaan
Malaysia atau Singapura;
mana-mana orang lain atau golongan orang yang diisytiharkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Jabatan Kimia, melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai seorang juruanalisis atau juruanalisis-juruanalisis;
mana-mana pegawai polis atau pegawai kastam yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta sebagai seorang juruanalisis;
mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah sebagai seorang
Pemeriksa Dokumen;
mana-mana Inspektor Timbang dan Sukat yang dilantik di bawah mana-mana undang–undang bertulis yang berhubungan dengan timbang dan sukat; dan
mana-mana orang atau golongan orang yang diisytiharkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, yang baginya peruntukan seksyen ini adalah terpakai.
Jika seorang juru analisis dipanggil oleh tertuduh di bawah subseksyen (1), dia hendaklah dipanggil atas perbelanjaan tertuduh itu melainkan jika mahkamah mengarahkan selainnya.
Bagi maksud subseksyen (3), “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perkara yang berkaitan dengannya sebutan itu dibuat.
Undang-Undang Malaysia 126