Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding

119. Perletakhakan barang yang dilucuthakkan pada Kerajaan Persekutuan

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa barang dilucuthakkan di bawah Akta ini, barang itu hendaklah terletak hak pada Kerajaan Persekutuan bebas daripada apa-apa hak, kepentingan atau bebanan mana-mana orang kecuali hak, kepentingan atau bebanan yang dipegang oleh seorang pembeli suci hati dengan balasan berharga dan yang tidak selainnya batal dan tidak sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(2)

Jika mana-mana orang memegang apa-apa bebanan yang kepadanya barang itu tertakluk menuntut bahawa dia memegang bebanan itu sebagai pembeli suci hati dengan balasan berharga dan bahawa bebanan itu tidak selainnya batal dan tidak sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan Kerajaan Persekutuan mempertikaikan tuntutan itu, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah Sesyen supaya memutuskan persoalan itu dan mahkamah boleh memutuskan persoalan itu setelah memberikan peluang untuk didengar kepada orang yang memegang bebanan itu dan mendengar jawapan daripada Pendakwa Raya tentang apa-apa representasi yang dibuat di hadapan mahkamah itu oleh orang yang memegang bebanan itu.

(3)

Jika mana-mana barang terletak hak pada Kerajaan Persekutuan di bawah subseksyen (1), perletakhakan itu hendaklah berkuat kuasa tanpa apa-apa pindah hakmilik, pindah hak, surat ikatan atau surat cara lain dan jika apa-apa pendaftaran atau perletakhakan itu dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk melaksanakan pendaftaran itu hendaklah berbuat demikian atas nama pegawai awam itu, pihak berkuasa, orang atau badan yang ditentukan oleh Pendakwa Raya.

Cukai Barang dan Perkhidmatan 133

(4)

Jika barang yang terletak hak pada Kerajaan Persekutuan di bawah subseksyen (1) ialah barang tak alih, perletakhakan itu hendaklah, apabila dikemukakan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Semenanjung Malaysia, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau

Pemungut Hasil Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di

Sabah atau Pendaftar Hakmilik atau Pengarah Tanah dan Ukur, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sarawak, perintah mahkamah yang melucuthakkan barang tak alih itu, atau dalam hal barang yang dilucuthakkan di bawah seksyen 117, suatu perakuan Pendakwa Raya mengesahkan bahawa barang itu telah dilucuthakkan, hendaklah didaftarkan atas nama Pesuruhjaya

Tanah Persekutuan.

Report

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules