Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding
120. Penyampaian saman
Feedback & supportTiap-tiap saman yang dikeluarkan oleh suatu mahkamah terhadap mana-mana orang yang berkaitan dengan apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini boleh disampaikan kepada orang yang dinamakan di dalamnya—
dengan menghantarserahkan saman itu kepada orang itu atau mana-mana anggota keluarganya yang dewasa atau mana-mana pekhidmatnya yang tinggal bersamanya di tempat tinggal biasanya atau yang terakhir diketahui;
dengan meninggalkan saman itu di tempat tinggal atau perniagaan biasanya atau yang terakhir diketahui dalam suatu sampul surat yang dialamatkan kepada orang itu;
dengan menghantar saman itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu ke tempat tinggal atau perniagaan biasanya atau yang terakhir diketahui; atau
jika orang itu ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain—
dengan menghantarserahkan saman itu kepada setiausaha atau pegawai lain yang seumpama bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain itu di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan utamanya; atau
dengan menghantar saman itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada syarikat, perkongsian
Undang-Undang Malaysia 134
liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain itu ke pejabat berdaftar atau tempat perniagaan utamanya.
Apa-apa saman yang dihantar melalui pos berdaftar kepada mana-mana orang mengikut subseksyen (1) atau dengan menghantarserahkan saman itu kepada orang itu atau kepada mana-mana anggota keluarganya yang dewasa atau mana-mana pekhidmatnya yang tinggal bersamanya hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu dengan sewajarnya.
Jika suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah disampaikan, suatu afidavit penyampaian yang berupa sebagai telah dibuat di hadapan seorang pegawai yang diberi kuasa sewajarnya untuk mengendalikan sumpah hendaklah diterima sebagai keterangan.