Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding
116. Section 116
Feedback & supportTiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik melainkan jika penyitaan dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang barangkali
Tiada seorang pun dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, adalah berhak untuk mendapat kos prosiding itu atau untuk apa-apa ganti rugi atau pelepasan lain selain suatu perintah bagi pemulangan barang atau pembayaran nilainya melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang barangkali.
Undang-Undang Malaysia 130