Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding
104. Nilai keterangan salinan notis elektronik
Feedback & supportBagi mengelakkan keraguan, apa-apa notis elektronik atau apa-apa rekod elektronik mengenai suatu notis elektronik atau apa-apa salinan atau cetakannya tidak boleh tidak diterima dalam keterangan hanya atas asas bahawa ia telah difailkan, dikemukakan atau dihantar melalui perkhidmatan elektronik, tanpa penghantarserahan apa-apa dokumen atau kaunterpart yang sama dalam bentuk kertas.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini, apa-apa notis elektronik atau apa-apa rekod elektronik mengenai suatu notis elektronik atau apa-apa salinan atau cetakannya yang—
diperakui oleh Ketua Pengarah sebagai mengandungi semua atau apa-apa maklumat yang difailkan, dikemukakan atau dihantar melalui perkhidmatan elektronik mengikut
Bahagian ini; dan
disahkan dengan sewajarnya mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 168 atau selainnya disahkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950 bagi pengesahan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya.
Cukai Barang dan Perkhidmatan 123