Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XII · Perbicaraan dan Prosiding

105. Keterangan melalui perakuan, dsb

Feedback & support
(1)

Apa-apa perakuan yang ditandatangani oleh Ketua

Pengarah yang menyatakan bahawa—

(a)

seseorang adalah atau tidak, pada mana-mana tarikh, didaftarkan di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa penyata belum dikemukakan atau telah tidak dikemukakan pada mana-mana tarikh;

(c)

apa-apa cukai yang ditunjukkan sebagai kena dibayar dalam apa-apa penyata atau taksiran belum dibayar;

(d)

apa-apa penalti dan amaunnya yang ditunjukkan sebagai kena dibayar daripada seseorang yang dinamakan dalamnya;

atau

(e)

apa-apa ketetapan umum yang dibuat di bawah seksyen 76

atau ketetapan awal yang dibuat di bawah seksyen 77, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya tanpa dibuktikan tandatangan pada perakuan itu.

(2)

Dalam apa-apa prosiding berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini yang dalamnya kewujudan, perihalan, pengklasifikasian, komposisi, kuantiti, kualiti atau nilai, atau apa-apa perkara lain berhubung dengan, apa-apa barang boleh alih yang dipulangkan, dijual atau dimusnahkan di bawah seksyen 86 menjadi persoalan, apa-apa dokumen yang dikemukakan oleh pendakwaan yang berupa sebagai suatu perakuan berkenaan dengan apa-apa perkara yang diberikan dan ditandatangani oleh—

(a)

“juruanalisis” dalam pengertian subseksyen 107(3);

(b)

pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan; atau

(c)

mana-mana orang, tanpa mengambil kira sama ada atau tidak dia seorang pegawai awam, yang diberi kuasa oleh atau bagi pihak Menteri sama ada secara am atau dalam apa-apa hal tertentu, bagi maksud seksyen ini, hendaklah diterima sebagai keterangan dan kemuktamadannya tidak boleh dicabar atas alasan bahawa barang boleh alih yang berkenaan dengannya perakuan itu diberikan belum dikemukakan di hadapan

Undang-Undang Malaysia 124

mahkamah sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan bagi kandungannya, termasuklah fakta yang dinyatakan dalamnya, tanpa dibuktikan tandatangan pada perakuan itu.

Report

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules