Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian X · Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan
64. Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan
Feedback & supportPengerusi atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Tribunal Rayuan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta jika—
dia meletakkan jawatannya;
dia telah disabitkan atas suatu kesalahan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, oleh suatu mahkamah di Malaysia;
Perolehan Kerajaan 63
dia merupakan salah seorang dalam dapatan pelanggaran suatu larangan yang telah ditentukan oleh Suruhanjaya
Persaingan di bawah Akta Persaingan 2010;
kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Tribunal Rayuan atau selainnya, telah mencemarkan nama baik Tribunal Rayuan;
dia menjadi bankrap atau insolven;
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dia menjadi seorang anggota Dewan Negara atau
Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan;
dalam hal suatu pelantikan di bawah perenggan 63(2)(b), dia menjadi seorang pegawai awam atau anggota pentadbiran;
dia telah melakukan salah laku yang serius berhubung dengan kewajipannya;
prestasinya adalah tidak memuaskan bagi suatu tempoh masa yang ketara; atau
dia tidak menjalankan obligasinya di bawah seksyen 73.