Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian X · Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan
70. Penyingkiran bidang kuasa mahkamah
Feedback & supportJika suatu rayuan dibuat kepada Tribunal Rayuan dan rayuan itu adalah dalam bidang kuasanya, isu yang dipertikaikan dalam rayuan itu, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam rayuan yang mula-mula atau sebagaimana yang timbul dalam penjalanan pendengaran itu, tidak boleh menjadi hal prosiding antara pihak yang sama dalam mana-mana mahkamah melainkan jika—
prosiding di hadapan mahkamah itu telah dimulakan sebelum rayuan itu dibuat kepada Tribunal Rayuan; atau
rayuan di hadapan Tribunal Rayuan telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.
Jika perenggan (1)(a) terpakai, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan yang prosiding itu berkaitan, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau yang timbul dalam penjalanan pendengaran itu, tidak boleh menjadi hal prosiding antara pihak yang sama di hadapan Tribunal Rayuan melainkan jika tuntutan di hadapan mahkamah itu ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.
Undang-Undang Malaysia 68