Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian X · Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

68. Rayuan kepada Tribunal Rayuan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang terkilan atau yang kepentingannya terjejas dengan keputusan suatu panel kajian semula di bawah seksyen 61

boleh merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan kepada Tribunal Rayuan.

(2)

Notis rayuan hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan panel kajian semula dan perayu hendaklah memberi suatu salinan notis itu kepada panel kajian semula yang berkaitan.

(3)

Notis rayuan itu hendaklah menyatakan secara ringkas kandungan keputusan panel kajian semula yang dirayukan, mengandungi suatu alamat di mana apa-apa notis atau dokumen

Undang-Undang Malaysia 66

yang berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu itu atau ke atas peguam belanya, dan ditandatangani oleh perayu itu atau peguam belanya.

Report

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules