Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian X · Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

71. Kuasa Tribunal Rayuan

Feedback & support
(1)

Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:

(a)

untuk memanggil pihak-pihak ke prosidingnya atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;

(b)

untuk mendapatkan dan menerima keterangan secara bersumpah atau ikrar, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sedemikian sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan untuk didapatkan, diterima atau diperiksa;

(c)

jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang difikirkan perlu oleh Tribunal

Rayuan bagi maksud rayuan itu;

(d)

untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;

(e)

jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan pembayaran apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;

(f)

untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada secara bertulis atau lisan, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan;

(g)

untuk menerima keterangan daripada pakar; dan

(h)

untuk secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan.

Perolehan Kerajaan 69

(2)

Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa mahkamah rendah di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92]

berkenaan dengan penguatkuasaan kehadiran saksi, pendengaran keterangan secara bersumpah atau ikrar dan penjatuhan hukuman bagi penghinaan mahkamah.

Report

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules