Skip to content

Seksyen 73

Rayuan

of Akta Perolehan Kerajaan 2026

ActIn forceProvision 73 of 93
Seksyen 73
(1)

Pengerusi, atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan hendaklah menzahirkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, dalam hal Pengerusi, kepada Menteri apa-apa kepentingan, dan dalam hal mana-mana anggota, kepada Pengerusi apa-apa kepentingan, sama ada substansial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan kewajipan Pengerusi atau anggota itu, sebagai seorang anggota

Tribunal Rayuan dalam sesuatu perkara tertentu.

(2)

Dalam hal seorang anggota Tribunal Rayuan, jika Pengerusi berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan kewajipan anggota itu, Pengerusi hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu mengenai percanggahan itu, dan—

(a)

jika tiada mana-mana pihak kepada perkara itu membantah percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan kewajipannya sebagai anggota Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu; atau

(b)

jika suatu pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota Tribunal Rayuan itu tidak boleh terus melaksanakan kewajipannya sebagai anggota

Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu.

(3)

Dalam hal Pengerusi Tribunal Rayuan, Menteri hendaklah mempertimbangkan perkara itu dan jika Menteri berpendapat bahawa ada percanggahan kepentingan dengan kewajipannya sebagai Pengerusi Tribunal Rayuan, Menteri boleh melantik mana-mana Timbalan Pengerusi sebagai Pengerusi ganti mengikut seksyen 63.

Undang-Undang Malaysia 70

Akta 882

(4)

Kegagalan Pengerusi atau mana-mana anggota

Tribunal Rayuan untuk menzahirkan kepentingannya di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

menidaksahkan keputusan Tribunal Rayuan, melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan

(b)

menjadikan Pengerusi atau anggota Tribunal Rayuan itu tertakluk kepada pembatalan pelantikannya di bawah subseksyen 64(2).