Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian X · Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan
66. Keanggotaan dan kuorum
Feedback & support(1)
Tiap-tiap prosiding Tribunal Rayuan hendaklah didengar dan diputuskan oleh tiga anggota atau apa-apa bilangan ganjil yang lebih besar anggota Tribunal Rayuan sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi dalam mana-mana hal tertentu.
(2)
Dalam menentukan kuorum di bawah subseksyen (1),
Pengerusi hendaklah mengambil kira hal perkara suatu rayuan dan kepakaran anggota yang berkaitan.