Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian X · Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

74. Setiausaha Tribunal Rayuan dan pegawai lain

Feedback & support
(1)

Menteri hendaklah melantik—

(a)

seorang pegawai awam kanan sebagai Setiausaha Tribunal

Rayuan untuk membantu Tribunal Rayuan dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini; dan

(b)

apa-apa bilangan pegawai awam sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk membantu Setiausaha dalam menjalankan fungsinya di bawah perenggan (a).

(2)

Bagi maksud seksyen ini, Setiausaha dan mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai pegawai Tribunal Rayuan.

(3)

Setiausaha Tribunal Rayuan hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan Tribunal Rayuan mengikut

Akta ini.

Report

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules