Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian X · Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

65. Pengosongan jawatan

Feedback & support
(1)

Jawatan seseorang anggota Tribunal Rayuan hendaklah menjadi kosong jika—

(a)

dia mati;

(b)

dia meletakkan jawatannya atau selainnya mengosongkan jawatannya sebelum habis tempoh yang baginya dia dilantik; atau

(c)

pelantikannya dibatalkan di bawah subseksyen 64(2).

Undang-Undang Malaysia 64

(2)

Menteri hendaklah melantik seseorang mengikut seksyen 63

untuk menggantikan Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal

Rayuan yang lain sepanjang kekosongan jawatan Pengerusi atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan itu.

(3)

Menteri boleh melantik buat sementara waktu mana-mana orang dalam kalangan anggota Tribunal Rayuan mengikut seksyen 63 untuk bertindak sebagai Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan yang lain semasa apa-apa tempoh apabila—

(a)

jawatan Pengerusi atau anggota lain itu kosong;

(b)

Pengerusi atau mana-mana anggota lain tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau

(c)

Pengerusi atau mana-mana anggota lain, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat menjalankan kewajipannya.

(4)

Penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi Tribunal Rayuan tidak terjejas hanya kerana terdapat kekosongan dalam keanggotaan

Tribunal Rayuan.

Report

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules