Skip to content

Seksyen 75

Obligasi kerahsiaan

of Akta Perolehan Kerajaan 2026

ActIn forceProvision 75 of 93
Seksyen 75
(1)

Kecuali bagi Bahagian ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau jika dibenarkan oleh Menteri—

(a)

Pengerusi, tiap-tiap anggota lain, Setiausaha atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan tidak boleh, semasa dia berkhidmat sebagai Pengerusi, anggota atau pegawai, mendedahkan apa-apa maklumat yang diperolehnya dalam penjalanan kewajipannya; dan

Perolehan Kerajaan 71

(b)

tiada mana-mana orang lain pun yang, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Tribunal

Rayuan boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.