Skip to content

Seksyen 67

Bidang kuasa

of Akta Perolehan Kerajaan 2026

ActIn forceProvision 67 of 93
Seksyen 67
(1)

Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk menentukan apa-apa rayuan mengenai perkara yang berhubungan dengan keputusan dan proses bagi keputusan suatu panel kajian semula.

Perolehan Kerajaan 65

(2)

Tribunal Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara—

(a)

yang berhubungan dengan pelanggaran Akta ini;

(b)

yang berhubungan dengan penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah Bahagian VIII;

(c)

yang berhubungan dengan apa-apa keputusan yang dibuat berhubung dengan penyelesaian pertikaian bagi kontrak perolehan Kerajaan di bawah Akta ini;

(d)

yang berbangkit selepas suatu surat setuju terima dikeluarkan oleh suatu entiti perolehan kepada orang berdaftar dan surat setuju terima itu telah ditandatangani oleh pihak-pihak;

(e)

yang berhubungan dengan apa-apa rahsia perdagangan atau hak harta intelek;

(f)

jika suatu tribunal telah ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis untuk mendengar dan menentukan sesuatu tuntutan; dan

(g)

yang berhubungan dengan apa-apa bantahan yang masih belum diputuskan oleh suatu panel kajian semula.