Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XI · Rayuan

202. Keberterusan hak, liabiliti lain, dsb., yang lain di bawah Akta yang dimansuhkan

Feedback & support
(1)

Tiada apa-apa dalam Akta yang dimansuhkan atau Akta ini boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan atau pelanggaran yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh kuat kuasa atau mana-mana prosiding yang telah dibawa, hukuman yang telah dikenakan atau tindakan yang telah diambil sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan atau pelanggaran itu.

(2)

Mana-mana hak, keistimewaan atau obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini telah tidak dibuat.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 209

Report

Schedules