Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IV · Pendaftaran Yayasan Labuan
18. Pertukaran nama
Feedback & supportSesuatu yayasan Labuan boleh, jika dibenarkan oleh piagamnya, menukar namanya.
Jika sesuatu yayasan Labuan menukar namanya, yayasan itu hendaklah menyerahkan notis mengenai pertukaran itu kepada
Lembaga mengikut peruntukan subseksyen 17(1).
Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi subseksyen (2), yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.
Jika Lembaga meluluskan nama yang dicadangkan oleh yayasan
Labuan itu sebagai nama barunya, Lembaga boleh, apabila fi yang ditetapkan dibayar, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran bagi yayasan Labuan itu atas nama barunya dan apabila dikeluarkan perakuan pendaftaran itu pertukaran nama itu hendaklah berkuat kuasa.
Jika nama sesuatu yayasan Labuan, sama ada kerana tidak disengajakan atau selainnya dan sama ada pada asalnya atau melalui pertukaran nama, ialah nama yang dengannya yayasan Labuan itu tidak boleh didaftarkan tanpa menyalahi seksyen 13, yayasan Labuan itu hendaklah menukar namanya kepada suatu nama yang diluluskan oleh Lembaga.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
Jika Lembaga meluluskan pertukaran nama yayasan Labuan di bawah subseksyen (5), yayasan Labuan itu hendaklah menukar namanya sedemikian dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh kelulusan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh
Lembaga, melainkan jika Menteri, melalui notis bertulis, membatalkan kelulusan itu.