Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IV · Pendaftaran Yayasan Labuan
22. Kemasukan semula ke dalam daftar
Feedback & support(1)
Jika nama sesuatu yayasan Labuan telah dipotong daripada daftar di bawah seksyen 20, yayasan Labuan itu boleh, dalam tempoh tiga tahun sebaik selepas tarikh pemotongan itu, memohon kepada
Lembaga supaya nama yayasan Labuan itu dimasukkan semula ke dalam daftar.
Yayasan Labuan 25
(2)
Apabila dibayar kepada Lembaga fi yang ditetapkan termasuk apa-apa fi lain yang ditetapkan yang kena dibayar, Lembaga boleh memasukkan semula nama yayasan Labuan itu ke dalam daftar.
(3)
Apabila nama yayasan Labuan itu dimasukkan semula ke dalam daftar di bawah subseksyen (2), nama yayasan Labuan itu hendaklah disifatkan tidak pernah dipotong daripada daftar.