Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran Yayasan Labuan

24B. Daftar pemunya benefisial yayasan Labuan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap yayasan Labuan hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial bagi yayasan Labuan dan merekodkan dalam daftar itu—

(a)

nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu;

Yayasan Labuan 29

(b)

tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial yayasan Labuan itu;

(c)

tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan itu; dan

(d)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

(2)

Daftar pemunya benefisial yayasan Labuan hendaklah disimpan di pejabat berdaftar yayasan Labuan itu.

(3)

Setiausaha suatu yayasan Labuan hendaklah menyerahkan kepada Lembaga suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu.

(4)

Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)

hendaklah diserahkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu.

(5)

Setiausaha suatu yayasan Labuan hendaklah memegang maklumat orang sebenar yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan itu selama enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

(6)

Suatu catatan yang berhubungan dengan orang sebenar yang terhenti menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan di bawah subseksyen (5) hendaklah dikeluarkan daripada daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu selepas tamat tempoh enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

(7)

Jika yayasan Labuan mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Lembaga di bawah seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 706

(8)

Lembaga hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserahkan di bawah subseksyen (3).

(9)

Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan yayasan Labuan untuk menyerahkan kepada Lembaga dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis, maklumat berhubung dengan pemunya benefisial yang disimpan oleh yayasan

Labuan itu.

(10)

Daftar pemunya benefisial suatu yayasan Labuan hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini.

(11)

Lembaga boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial yayasan Labuan yang disimpan di pejabat berdaftar yayasan Labuan itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserahkan kepada Lembaga, menentukan—

(a)

mana-mana orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial yayasan Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial;

(b)

cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial yayasan Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial; dan

(c)

fi bagi pembekalan maklumat pemunyaan benefisial.

(12)

Seksyen 71 Akta tidak terpakai jika penzahiran atau akses telah ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen (11).

(13)

Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi subseksyen (1),

(2)

, (3), (4), (5), (6) atau (9), yayasan Labuan, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.

Yayasan Labuan 31

Report

Bahagian V

Majlis, Pegawai dan Setiausaha

Bahagian VI

Keupayaan Yayasan Labuan

Bahagian VII

Benefisiari

Bahagian VIII

Pembubaran

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules