Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IV · Pendaftaran Yayasan Labuan
21. Kesan pemotongan
Feedback & supportJika nama sesuatu yayasan Labuan dipotong daripada daftar, yayasan Labuan itu, pelikuidasi dan penerima yayasan Labuan itu, tidak boleh—
memulakan atau membuat pembelaan dalam mana-mana prosiding undang-undang, menjalankan apa-apa urusan atau dengan apa-apa cara menguruskan harta yayasan
Labuan itu;
membuat pembelaan dalam mana-mana prosiding undang-undang, membuat apa-apa tuntutan atau menuntut apa-apa hak bagi, atau atas nama yayasan Labuan itu; atau
bertindak mengikut apa-apa cara berkenaan dengan hal ehwal yayasan Labuan itu.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
Walau apa pun subseksyen (1), jika nama sesuatu yayasan
Labuan telah dipotong dari daftar, yayasan Labuan itu, pelikuidasi dan penerima yayasan Labuan itu, boleh—
memohon kepada Lembaga untuk memasukkan semula nama yayasan Labuan itu ke dalam daftar;
meneruskan pembelaan terhadap prosiding yang dimulakan terhadap yayasan Labuan sebelum tarikh pemotongan itu;
dan
meneruskan apa-apa prosiding undang-undang yang telah dimulakan bagi pihak yayasan Labuan sebelum tarikh pemotongan itu.
Hakikat bahawa nama sesuatu yayasan Labuan telah dipotong daripada daftar tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang—
yayasan Labuan itu daripada bertanggungan bagi apa-apa liabiliti, tuntutan, hutang, dan daripada melaksanakan apa-apa obligasinya;
mana-mana orang daripada membuat apa-apa tuntutan terhadap yayasan Labuan itu dan meneruskan tuntutan itu sehingga penghakiman atau pelaksanaannya; atau
Mahkamah daripada membuat apa-apa perintah yang diperuntukkan di bawah Akta ini.