Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IV · Pendaftaran Yayasan Labuan
14. Pendaftaran
Feedback & supportSesuatu permohonan bagi pendaftaran suatu yayasan Labuan hendaklah dibuat oleh setiausaha yayasan Labuan itu kepada Lembaga dalam borang yang disediakan oleh Lembaga, dan disertakan dengan fi yang ditetapkan dan dokumen yang dinyatakan dalam Jadual
Keempat.
Setiausaha hendaklah, sebelum permohonan dibuat dalam subseksyen (1), menjalankan siasatan yang munasabah untuk menentusahkan maklumat yang dizahirkan dalam permohonan itu.
Setiausaha hendaklah mengemukakan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dihasratkan oleh setiausaha mengikut budi bicara mutlaknya untuk dimasukkan dalam permohonan itu.
Lembaga boleh meminta butiran selanjutnya dikemukakan oleh yayasan Labuan yang memohon untuk didaftarkan.