Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IV · Pendaftaran Yayasan Labuan
24E. Obligasi yayasan Labuan untuk menyenggara dan menyimpan maklumat yang kemas kini
Feedback & support(1)
Sesuatu yayasan Labuan hendaklah menyenggara dan menyimpan butir-butir pemunyaan benefisial dalam daftar pemunya benefisial di bawah seksyen 24B yang dikemas kini dari semasa ke semasa.
(2)
Setiausaha yayasan Labuan itu hendaklah memastikan yayasan
Labuan itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.
(3)
Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.
Kuasa Lembaga untuk menjalankan pemeriksaan terhadap daftar pemunya benefisial yayasan Labuan