Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IV · Pendaftaran Yayasan Labuan
23. Pendomisilan semula di Labuan
Feedback & supportSesuatu yayasan yang ditubuhkan di bawah undang-undang negara atau bidang kuasa lain boleh, tertakluk pada subseksyen (2), dan jika dibenarkan sedemikian oleh undang-undang negara atau bidang kuasa itu, berdomisil semula di Labuan dan didaftarkan seolah-olah yayasan itu telah ditubuhkan di bawah Akta ini.
Sesuatu yayasan yang ditubuhkan di bawah undang-undang negara atau bidang kuasa lain yang memenuhi kehendak Akta ini boleh berdomisil semula di Labuan —
dengan menyerahkan kepada Lembaga—
suatu permohonan bertulis yang ditandatangani dengan sewajarnya oleh kesemua pegawai, atau yang setara dengannya, yayasan itu, memohon supaya
Lembaga mendaftarkan yayasan itu di bawah Akta ini;
suatu pernyataan yang mengandungi butir-butir yang dikehendaki di bawah Jadual Pertama; dan
suatu akuan berkanun oleh setiausaha atau mana-mana pegawai yang setara dengannya, mengenai pematuhan kesemua kehendak yang berkaitan Akta ini; dan
apabila dibayar fi yang ditetapkan.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
Lembaga boleh, apabila menerima dokumen dan bayaran fi di bawah subseksyen (2), mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran.
Apabila perakuan pendaftaran dikeluarkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3)—
yayasan itu berupaya menjalankan segala kuasa suatu yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini dan tidak lagi akan diperlakukan sebagai suatu yayasan yang didaftarkan di bawah undang-undang negara yang darinya yayasan itu didomisilkan semula;
segala harta dan aset lain yayasan itu, termasuk hak dalam tindakan, hendaklah terus terletak hak pada yayasan itu;
yayasan itu hendaklah terus bertanggungan bagi segala tuntutan, hutang, liabiliti dan obligasinya yang sedia ada sebelum pendaftarannya di bawah Akta ini;
tiada sabitan, penghakiman, arahan, perintah, tuntutan, hutang, liabiliti atau obligasi yang tertunggak atau yang menjadi tertunggak dan tiada kausa tindakan yang sedia ada, terhadap yayasan itu atau terhadap mana-mana anggota majlis, pegawai atau ejen yayasan itu, boleh dilepaskan atau menjadi cacat disebabkan pendaftarannya di bawah Akta ini; dan
tiada prosiding, sama ada sivil atau jenayah, yang belum selesai oleh atau terhadap yayasan itu atau terhadap mana-mana anggota majlis, pegawai atau ejen yayasan itu, boleh digugurkan atau diberhentikan oleh sebab pendaftarannya di bawah Akta ini, dan prosiding itu boleh diteruskan, dikuatkuasakan, didakwa, diselesaikan atau dikompromi oleh atau terhadap yayasan itu atau terhadap anggota majlis, pegawai atau ejen yayasan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Yayasan Labuan 27