Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IV · Pendaftaran Yayasan Labuan
24C. Kuasa yayasan Labuan untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunyaan benefisial
Feedback & supportSuatu yayasan Labuan hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk memaklumkan kepada yayasan Labuan sama ada pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu atau jika pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu bukan pemunya benefisial yayasan
Labuan itu, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial yayasan
Labuan itu; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24B(1).
Jika sesuatu yayasan Labuan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk menyatakan sama ada dia merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu atau jika dia bukan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, untuk menyatakan sama ada dia mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang itu yang dalam pengetahuannya; dan 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24B(1).
Jika suatu yayasan Labuan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan
Labuan itu atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan
Labuan itu atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk menyatakan sama ada dia mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir orang itu yang dalam pengetahuannya;
dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24B(1).
Apabila suatu yayasan Labuan menerima maklumat daripada orang yang kepadanya notis itu diberikan di bawah subseksyen (1), (2)
atau (3), yayasan Labuan itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu—
tarikh notis yang menghendaki maklumat itu telah dikeluarkan; dan
butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu.
Jika suatu yayasan Labuan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial yayasan Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial yayasan
Labuan itu—
Yayasan Labuan 33
untuk mengesahkan sama ada atau tidak perubahan itu telah berlaku; dan
jika perubahan itu telah berlaku—
untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan
untuk memberikan butir-butir mengenai perubahan itu.
Jika suatu yayasan Labuan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial yayasan Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan mungkin tidak betul, yayasan Labuan itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial yayasan Labuan itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak, untuk memberikan butir-butir yang betul.
Setiausaha yayasan Labuan hendaklah memastikan bahawa yayasan Labuan itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.
Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.