Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IV · Pendaftaran Yayasan Labuan
17. Perubahan butiran
Feedback & support(1)
Jika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku berhubung mana-mana butiran yang didaftarkan berkenaan dengan sesuatu yayasan Labuan, setiausaha yayasan Labuan itu hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari selepas perubahan itu, atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Lembaga atas permohonan, memfailkan dengan Lembaga suatu notis yang ditandatangani oleh seorang pegawai yayasan Labuan itu, yang menyatakan bentuk perubahan itu.
(2)
Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi subseksyen (1), yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.