Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran Yayasan Labuan

24. Pendomisilan semula di negara lain

Feedback & support
(1)

Sesuatu yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini boleh, tertakluk pada apa-apa had dalam dokumen konstituennya, berdomisil semula dan didaftarkan di bawah undang-undang negara lain itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah undang-undang itu.

(2)

Sesuatu yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini yang berdomisil semula dan berdaftar di bawah undang-undang negara lain, tidak terhenti menjadi yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah

Akta ini melainkan jika undang-undang negara lain itu membenarkan pendomisilan semula dan pendaftaran itu dan yayasan Labuan itu mematuhi undang-undang itu.

(3)

Jika sesuatu yayasan Labuan didaftarkan di bawah Akta ini berdomisil semula dan berdaftar di bawah undang-undang negara lain—

(a)

yayasan Labuan itu hendaklah terus bertanggungan bagi kesemua tuntutan, hutang, liabiliti dan obligasinya yang wujud sebelum pendaftarannya di bawah undang-undang negara lain itu;

(b)

tiada sabitan, penghakiman, arahan, perintah, tuntutan, hutang, liabiliti atau obligasi yang tertunggak atau yang menjadi tertunggak, dan tiada kausa tindakan yang sedia ada terhadap yayasan Labuan itu atau terhadap mana-mana anggota majlis, pegawai atau ejen yayasan Labuan itu, boleh dilepaskan atau menjadi cacat disebabkan pendaftarannya di bawah undang-undang negara lain itu; dan

(c)

tiada prosiding, sama ada sivil atau jenayah, yang belum selesai oleh atau terhadap yayasan Labuan itu atau terhadap mana-mana anggota majlis, pegawai atau ejen yayasan

Labuan itu, boleh digugurkan atau diberhentikan oleh sebab pendaftarannya sebagai suatu yayasan di bawah undang-undang negara lain itu, dan prosiding itu boleh diteruskan, dikuatkuasakan, didakwa, diselesaikan atau dikompromi oleh atau terhadap anggota majlis, pegawai

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 706

atau ejen yayasan Labuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Jika sesuatu yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini telah berdomisil semula dan didaftarkan di bawah undang-undang negara lain, yayasan Labuan itu hendaklah mengemukakan kepada

Lembaga suatu salinan yang diperaku, dan jika berkenaan, salinan apostil perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh pendaftar atau pihak berkuasa yang kompeten dalam negara lain itu dan apabila diterima salinan perakuan pendaftaran yang sedemikian itu, Lembaga hendaklah memotong yayasan Labuan itu daripada daftar dan memperakukan bahawa yayasan Labuan itu telah terhenti menjadi suatu yayasan yang didaftarkan di bawah Akta ini.

BAHAGIAN IVA

PEMUNYAAN BENEFISIAL

Report

Bahagian V

Majlis, Pegawai dan Setiausaha

Bahagian VI

Keupayaan Yayasan Labuan

Bahagian VII

Benefisiari

Bahagian VIII

Pembubaran

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules