Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 6
78. Kuasa untuk mengadakan sekatan jalan
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, mana-mana pegawai polis berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh seorang pegawai polis kanan yang berpangkat Inspektor dan lebih tinggi, termasuk seorang Inspektor dalam percubaan, mana-mana pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah bagi Pengangkutan Jalan atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat, boleh, jika difikirkannya perlu untuk berbuat demikian bagi penguatkuasaan Akta ini, mendirikan atau meletakkan atau menyebabkan supaya didirikan atau diletakkan apa-apa galangan di atas atau melintang mana-mana jalan dalam apa-apa cara yang difikirkannya patut; dan mana-mana pegawai sedemikian boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk menghalang mana-mana kenderaan yang berkaitan daripada dipandu melepasi mana-mana galangan sedemikian, termasuk apa-apa langkah untuk mengejar dan memberhentikan mana-mana kenderaan sedemikian jika, dengan mengambil kira hal keadaan yang wujud pada suatu masa tertentu, adalah ternyata bahawa jika langkah itu tidak diambil besar kemungkinan kenderaan itu akan terlepas bagi mengelakkan daripada dikesan atau selainnya.
Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa isyarat munasabah seorang pegawai polis berpakaian seragam, pegawai pengangkutan
Pengangkutan Awam Darat 103
jalan berpakaian seragam atau pegawai pengangkutan awam darat berpakaian seragam yang menghendaki supaya orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai ke mana-mana galangan itu atau cuba untuk melintasi atau melanggar mana-mana galangan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Tiada seorang pegawai pun boleh bertanggungan bagi apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana orang atau harta berikutan dengan langkah yang diambilnya sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1).
Kuasa untuk menyita dokumen, dsb.