Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bab 6

80. Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan bagi kesalahan tertentu

Feedback & support
(1)

Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36,

46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat, di mana-mana tempat.

(2)

Apabila suatu kenderaan yang berkaitan telah disita di bawah subseksyen (1), seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, seorang pegawai pengangkutan jalan atau seorang pegawai pengangkutan awam darat, boleh, mengikut budi bicaranya, mengembalikan kenderaan itu secara sementara kepada pemunyanya, apabila jaminan yang memuaskan hati pegawai itu diberikan bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik kepada pegawai itu apabila diminta.

(3)

Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berkaitan dengan perkara itu telah dilakukan.

(4)

Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(5)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1),

Pengangkutan Awam Darat 105

kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan sebelum itu.

Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan untuk menghentikan kesalahan diteruskan, dsb.

Report

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules