Seksyen 42
Pembatalan perakuan bantuan guaman bagi khidmat pendamping guaman
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Ketua Pengarah boleh membatalkan apa-apa perakuan bantuan guaman bagi khidmat pendamping guaman yang diberikan kepada orang yang dibantu atas apa-apa alasan demi kepentingan keadilan.
(2)
Ketua Pengarah atau pegawai yang dilantik hendaklah mengambil apa-apa tindakan yang munasabah atau perlu untuk mengeluarkan suatu notis pembatalan perakuan bantuan guaman kepada orang yang dibantu itu melalui ibu bapa atau penjaganya.
(3)
Notis pembatalan perakuan bantuan guaman yang dikeluarkan kepada orang yang dibantu itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh orang yang dibantu itu menerima notis tersebut.
(4)
Jika perakuan bantuan guaman yang dibatalkan telah difailkan di mahkamah, Ketua Pengarah atau pegawai yang dilantik hendaklah memfailkan di mahkamah itu suatu notis pembatalan perakuan bantuan guaman dan pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pemfailan notis itu di mahkamah.
(5)
Walau apa pun subseksyen (1), orang yang dibantu melalui ibu bapa atau penjaganya boleh merayu kepada Menteri jika mereka masih memerlukan khidmat pendamping guaman, dan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Menteri atas rayuan itu adalah muktamad.
(6)
Seseorang itu hendaklah terhenti daripada menjadi orang yang dibantu berkuat kuasa dari—
(a)
tarikh orang itu menerima notis pembatalan di bawah subseksyen (3); atau
(b)
tarikh pemfailan notis pembatalan di mahkamah di bawah subseksyen (4).
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 878