Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 3 · Pengeluaran kawasan tanah daripada Hutan Simpanan
12. Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menggantikan kawasan tanah yang dikeluarkan daripada hutan simpanan kekal
Feedback & support(1)
Jika Pihak Berkuasa Negeri berniat untuk mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada sesuatu hutan simpanan kekal,
Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mengenal pasti suatu kawasan tanah yang sama luas atau lebih besar untuk menggantikan kawasan tanah yang akan dikeluarkan itu sebagai suatu hutan simpanan kekal.
(2)
Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menjadikan kawasan tanah yang dikenal pasti di bawah subseksyen (1) sebagai suatu hutan simpanan kekal dengan menyiarkan dalam Warta suatu pemberitahuan mengikut seksyen 7 dan pemberitahuan itu hendaklah disiarkan bersama dengan suatu pemberitahuan di bawah subseksyen 13(1).