Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 3 · Pengeluaran kawasan tanah daripada Hutan Simpanan
13. Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberitahu dalam Warta apa-apa pengeluaran kawasan tanah daripada hutan simpanan kekal
Feedback & support(1)
Apabila mana-mana kawasan tanah dikeluarkan daripada hutan simpanan kekal, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menyebabkan supaya disiarkan dalam Warta suatu pemberitahuan—
(a)
menentukan kedudukan dan keluasan kawasan tanah itu; dan
(b)
mengisytiharkan bahawa kawasan tanah itu tidak lagi menjadi hutan simpanan kekal mulai dari tarikh yang ditetapkan melalui pemberitahuan itu.
(2)
Mulai dari tarikh yang ditetapkan itu, kawasan tanah tersebut tidak lagi menjadi hutan simpanan kekal.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 313