Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 4 · Permit Penggunaan
34. Pengeluaran permit penggunaan oleh Pengarah
Feedback & supportPermit penggunaan boleh, tertakluk pada apa-apa arahan yang berlawanan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan kepada mana-mana kaedah, dikeluarkan atau dibaharui oleh Pengarah bagi pihak Pihak
Berkuasa Negeri bagi menjalankan mana-mana aktiviti yang berikut:
(a)
penyelidikan;
(b)
pelajaran atau latihan;
(c)
rekreasi;
(d)
penggunaan sumber air kecuali pembinaan atau pengendalian empangan hidroelektrik;
(e)
penanaman sayur-sayuran dan tanaman foder;
(f)
penubuhan loji penukaran;
(g)
penubuhan infrastruktur pembalakan.