Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 4 · Permit Penggunaan
36. Tempoh, syarat, dsb., dan bentuk permit penggunaan
Feedback & supportKecuali setakat yang ditetapkan selainnya, tiap-tiap permit penggunaan hendaklah dikeluarkan bagi suatu tempoh yang tamat tidak lebih dari akhir tahun kalendar dalam mana ia mula dikeluarkan, dan, tertakluk pada subseksyen (3), boleh dibaharui dari semasa ke semasa.
Tiap-tiap permit penggunaan hendaklah berkuat kuasa tertakluk pada apa-apa peruntukan yang terkandung di dalamnya dan, setakat yang tidak berlawanan dengannya, kepada mana-mana peruntukan lain yang ditetapkan.
Pengarah boleh, atas permohonan seseorang pemegang permit penggunaan yang dibuat tidak lewat dari tiga puluh hari sebelum tamat tempohnya, membaharui permit penggunaan itu bagi suatu tempoh tidak lebih dari satu tahun kalendar, dan apabila membaharui suatu permit penggunaan, Pengarah boleh mengubah, memotong atau menambah peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Tiap-tiap permit penggunaan hendaklah seperti dalam Borang 4
dan, dalam hal pembaharuan permit penggunaan, ia hendaklah diendors dengan suatu catatan mengenai pembaharuan itu serta tarikh tamat tempohnya yang dicadangkan.